RAHSIA KEAJAIBAN SHOLAT

~¤~  ~¤~

Seorang doktor di Amerika Syarikat telah
memeluk Islam kerana beberapa keajaiban
yang ditemuinya dalam penyelidikannya.

Dia amat kagum dengan penemuan
tersebut, sehingga tidak dapat diterima
oleh akal fikiran. Dia adalah seorang doktor
neurologi. Setelah memeluk Islam, dia amat
yakin akan perubatan secara Islam dan
dengan itu telah membuka sebuah klinik
yang bertemakan "Perubatan Melalui Al-
Quran". Kajian perubatan melalui Al-Quran
membuatkan ubat-ubatannya berteraskan
apa yang terdapat di dalam Al-quran.
Diantara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (blackseed) dan sebagainya. Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam urat manusia yang tidak dimasuki oleh darah. Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.
Setelah membuat kajian yang memakan
masa, akhirnya beliau mendapati bahawa
darah tidak akan memasuki urat saraf di
dalam otak manusia melainkan pada ketika
seseorang itu sedang sujud semasa
mengerjakan sembahyang. Urat tersebut
memerlukan darah hanya untuk beberapa
sukatan yang tertentu sahaja. Ini
bermaksud bahawa darah hanya akan
memasuki urat tersebut mengikut kadar
sembahyang waktu yang diwajibkan oleh
Islam. Begitulah keagungan ciptaan Allah.
Jadi barang siapa yang tidak menunaikan
sembahyang, maka otaknya tidak akan
dapat menerima darah yang secukupnya
untuk berfungsi secara normal.Oleh yang
demikian,
kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.
Kesimpulannya: Makhluk Allah yang
bergelar manusia yang tidak
bersembahyang, apatah lagi yang tidak
beragama Islam, walaupun akal mereka
berfungsi dengan secara normal tetapi
sebenarnya dalam sesuatu keadaan mereka
akan kehilangan pertimbangan dalam
membuat keputusan yang normal.Jesteru
itu, tidak hairanlah jika manusia ini kadang
kala tidak segan silu untuk melakukan
perkara-perkara yang bertentangan
dengan fitrah kejadiannya, walaupun akal
mereka mengetahui bahawa perbuatan
yang akan dilakukan itu adalah bersalahan
dengan kehendak mereka. Inilah adalah
kesan daripada ketidakupayaan otak
mereka untuk mempertimbangkan akan
perbuatan mereka itu secara lebih normal.
Maka dengan itu tidak hairanlah timbulnya
bermacam-macam gejala-gejala sosial
masyarakat masakini. Dari itu, marilah kita
bersama-sama mengambil ikhtibar
daripada kisah di atas.Ambillah Islam
secara menyeluruh dan bukannya secara
berdikit-dikit.

0 comments:

Post a Comment